Be My Friend :)

23 December 2010

movie review: the cronicle of narnia - the voyage of the dawn treader

minggu lepas aku ada pergi tengok movie ni kat gsc sunway carnival. memang dah plan lama nak tengok citer ni memandangkan 2 movie sebelum ni (the lion, the witch and the wardrobe & prince caspian) aku tengok. aku suka jer citer fantasy macam ni. setengah orang mungkin rasa x best. biasalah tu, citarasa masing2 kan berbeza2. macam aku, lebih suka tengok movie genre fantasy macam ni dari tengok horror movie. mujur aku & hubby share the same interest. jadi memang xde isu kat situ nak tengok movie macam mana. tiket awal2 lagi aku dah beli online secara e-payment. malas nak beratur kaedahnya. lagipun kat online siap boleh pilih seat nak duduk kat mana. sampai jer kat kaunter terus pegi kaunter express amik tiket, pegi makan dulu pastu masuk panggung.

citer ni bersambung la kisahnya dari 2 movie sebelumnya tu. cuma kali ni 4 beradik pavensie ni nak besar so abang & kakak (peter & susan pavensie) dah x boleh nak kembali ke zaman narnia. pun begitu masih la jugak ada beberapa scene yang melibatkan diorang berdua nih. secara keseluruhannya, seperti biasa bagi movie yang dibuat berdasarkan buku, mesti jalan ceritanya ada sedikit perbezaan dari versi buku sebab dalam movie masa tu terhad. bukan senang nak merealisasikan semua benda yang jadi dalam buku ke bentuk filem pula. aku dah baca semua buku dalam the cronicle of narnia ni seingat aku 2 tahun yang lepas. ada 7 buku keseluruhannya. aku pun baca yang versi e-book punya. movie ni berdasarkan buku yang ketiga dalam siri ni. ada lagi 4 buku (the silver chair, the horse and his boy, the magician's nephew & the last battle). kalau semua dibuat movie, aku mesti pergi tengok walaupun aku dah tau jalan2 ceritanya. minat punya pasal kan. huhu.

so, pada aku citer ni bestlah. dah suka mestilah kata best kan? anyway, kalau nak tau sinopsis movie ni secara lengkap, bolehlah baca di http://en.wikipedia.org/wiki/The_Chronicles_of_Narnia:_The_Voyage_of_the_Dawn_Treader yer. dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang.

No comments: