Be My Friend :)

28 December 2010

books

aku dari dulu suka betul baca buku. tapi masa tu buku2 tu aku tak belilah. pinjam jer kat library. free. dulu boleh pinjam 2 buah buku dgn 1 majalah jer untuk 2 minggu. sekarang ni dah boleh pinjam sampai 4 buah buku + 1 majalah. tapi kat bangunan tempat kerja aku ni, ada mini library jer. so pilihan buku xlah banyak sangat. kadang2 sampai terpinjam buku yang sama 2 kali. tapi start bulan 6 lepas, aku mula rajin beli buku pulak. itupun gara2 aku terbaca blog2 novel online dan lepas tu jadi addicted. dalam blog selalunya novel online ni xkan cerita habis cerita dia. ada part yang dia blankkan, atau endingnya xde. sebab apa? sebab novel2 ni dah dibukukan. jadi maksudnya 'silalah beli bukunya di kedai buku berdekatan'. huhu.
.....
so buku2 atau novel2 pertama yang aku beli ialah koleksi novel dari hlovate. kesemua buku tulisan hlovate ni pada aku sangat best! tajuk buku dia: tunas, aA +bB, rooftop rant, versus, 5 tahun 5 bulan dan pelangi (share dgn 2 lagi penulis). 1 lagi buku yang dia tulis tapi combine dengan 2 penulis lain dalam gurindam jiwa aku x beli sebab cerita yang hlovate tulis dalam ni sikit sangat dan 2 lagi penulis tu aku x minat tapi aku ada la pinjam buku tu dari library dulu. selain hlovate, aku ada jugak beli buku2 yang ditulis oleh areilla sahimi. tajuk buku dia: 2x5 dan iman suraya. satu lagi kalau x silap aku baju pengantin mak andam. ini aku belum beli lagi. ada jugaklah 2-3 buah novel bahasa melayu lagi yang aku dah beli tapi bila dah baca, aku pos kat mak di kampung. mak aku sangat suka membaca gak. siap feel dan nangis2 lagi kalau cerita dalam novel tu sedih. yang lain tu novel bahasa inggeris. best2 jugak. macam buku yang ditulis oleh barbara taylor bradford, cecelia ahern dan sophie kinsella.
.....
bila masa aku baca buku? selalunya aku membaca masa dalam feri sementara nak tunggu sampai seberang sana waktu pegi dan balik kerja. memanglah x lama sangat. perjalanan tu lebih kurang 15-20 minit jer dalam feri. tapi bagi aku yang hari2 naik feri ni, 15 minit pun dah rasa macam setengah jam. nak feel2 macam dalam kapal titanic pun dah x lalu dah. jadi nak hilangkan boring tu aku bacalah buku. dengan cara ni, sekejap jer rasa perjalanan tuh. tetiba dah sampai seberang. gitu. atau baca buku masa dalam bas masa on the way travel from penang to kl. dalam kereta pun aku membaca gak. yer la, sebab bukan aku yang drive pun. pendek kata, aku akan buka buku bila jer ada kesempatan. kalau kat rumah, sementara tengok tv pun aku boleh baca buku (masa iklan). so kat atas tu la koleksi2 buku @ novel yang aku beli sepanjang tahun ini. majalah pun aku suka jugak beli. macam majalah harmoni, woman weekly dan marie claire. majalah2 ni x sampai sepuluh ringgit pun kan.
.....
pada aku membaca ni x terhad dengan novel2 dan majalah saja. aku ada jugak baca e-books dari internet. xpun bila ada exam atau test, bahan bacaan bertukarlah dari baca novel ke baca nota. janji bila ada masa terluang tu aku mesti kena baca sesuatu jugak untuk isi masa. lain kali aku buat review tentang buku2 yang aku dah baca yer. jumpa lagi.

No comments: